Rabu, 17 Februari 2016

Assamualaikum renungan bersama Ariff serta semua sahabat2 yang dirahmati Allah.
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya  Rasulullah SAW bersabda, Tahukah kamu siapa orang yang bankrap? Para sahabat menjawab, Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta'. Baginda bersabda, 'Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka.

Islam melarang umatnya membuka rahsia dan tuduh-menuduh antara sesama sendiri jika tuduhan2 yang dilemparkan itu tidak benar. Islam menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan perkara-perkara menyalahi hukum yang boleh membawa kepada permusuhan. Jagalah lidah dan hati daripada mengeluarkan kata2 yang kesat sesama orang Islam kerana akibatnya boleh menyebabkan amalan seseorang itu diambil dan menggantikan dengan kesalahan yang dilakukannya di dunia. Segala amal kebaikan dan kejahatan akan dapat dilihat dan dirasa balasannya serta ditimbang baik buruknya pada hari kiamat. Orang Islam adalah bersaudara, maka haramlah atasnya pembunuhan, pencerobohan kehormatan dan mencerobohi hartanya. Menzalimi dan menyakiti manusia (seagama) akan menghapuskan pahala dan manfaat amalan yang soleh pada hari kiamat, orang yang melakukannya adalah muflis yang sebenar. Salah satu cara pendidikan yang berkesan adalah dengan menggunakan bentuk dialog dan soal jawab untuk menarik perhatian orang ramai.

Khamis, 11 Februari 2016

Assamualaikum sedikit renungan bersama Abg Ariff serta semua sahabat yang dirahmati Allah,Marilah sama2 kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah semuga kita semua bersama orang2 yang terpilih oleh Allah diakhirat kelak insyaallah.
Dari Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW ), beliau berkata: (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: “La ilaha illallah, celaka (binasa) bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka bagian dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini” dan Baginda mendekatkan hujung ibu jari dengan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami masih ada orang2 yang soleh? Lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak. (Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menerangkan, apabila di suatu tempat atau daerah sudah terlalu banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat tersebut. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang2 soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing2 pada hari qiamat akan diperhitungkan menurut amalan yang telah dilakukan.


Oleh kerana itu segala bentuk kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang2 yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat tersebut.

Dalam hadis di atas walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus kerana Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sendiri dari kalangan mereka dan yang menerima Islam pada waktu pennulaan pengembangannya adalah kebanyakan dari kalangan bangsa Arab dan sedikit demi sedikit dari bangsa lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan perkembangan umat Islam banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain itu, bahasa resmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan MaJuj adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam As.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi, lalu batas daerah dan kediaman rnereka ditutup oleh Zulkarnain dan pengikut2nya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehingga hampir tiba hari qiamat. Maka pada waktu itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua bangsa itu dari kediaman mereka.lalu kembali membuat kerosakan di permukaan bumi. Apabila peristiwa ini telah terjadi, itulah tanda hari qiamat sudah dekat,subhanallah wsslm ABG ARIFF.

Isnin, 16 November 2015

Assamualaikum sedikit renungan insyaallah semuga kita semua bersama rahmat Allah.  
Drpd Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing2nya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya
3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang2 yang sabar.

Khamis, 22 Oktober 2015

RADIO CERAMAH PARTI ISLAM (PAS)

ps://play.google.com/store/apps/details?id=com.viastreaming.SuaraRakyatFm

Jumaat, 14 Ogos 2015

Sambutan raya: Hadirin boleh lihat sendiri Surau An-Nur - http://m.harakahdaily.net/index.php/kominiti/36919-sambutan-raya-hadirin-boleh-lihat-sendiri-surau-an-nur

Jumaat, 7 Ogos 2015

Nilai Ringgit susut 2.5% sejak Muhyiddin dipecat

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

JIKA nilai Ringgit dijadi ukuran, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya tidak menyakinkan sesiapa.

Nilai Ringgit telah jatuh 2.5% dari RM3.814 berbanding 1 Dollar Amerika (USD1) pada 28 Julai, hari Muhyiddin dipecat kepada RM3.913 (6 Ogos 2015, 10 pm).

Sejak Muhyiddin dipecat, siasatan terhadap 1MDB nampaknya kian hilang momentum.

Salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat bersama Muhyiddin.

Laporan Audit Ketua Audit Negara terhadap 1MDB kekal rahsia daripada pandangan awam, entah sampai bila.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam Malaysia (PAC) pula dilumpuh dan mesyuarat ditangguhkan, dan oleh itu soalsiasat terhadap bos-bos besar 1MDB tidak dapat dilakukan.

Laporan berkala Pasukan Petugas Siasatan Khas tetiba hilang daripada pandangan.

Polis pula bergerak menahan para pegawai di Pejabat Peguam Negara, SPRM dan Bank Negara atas tuduhan kebocoran maklumat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pesuruhjaya SPRM,  juga salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas, tetiba bercuti.

SPRM kemudian membuat pengumuman RM2.6 bilion yang berada di akaun Perdana Menteri rupanya hasil derma. Mengapa ada orang sanggup derma RM2.6 bilion masih belum terjawab.

Selepas itu, Pasukan Petugas Siasatan Khas pula dibubarkan. SPRM terpaksa buat solat hajat kerana mereka pula yang disoalsiasat. Rakyat masih terkejut dengan kata-kata Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin: “Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya.”

Bank Negara pula bagai kehilangan suara. Tak pasti apa khabar Tan Sri Zeti? Rakyat pula sudah tentu berduka kerana nilai harta mereka terus susut kerana Ringgit mereka semakin kecil.

Yang pasti, hanya khabar baik buat Perdana Menteri. Rasanya hanya beliau seorang yang dapat meneruskan kerjanya bagai tiada apa yang berlaku. WSJ masih tidak disamannya.

Apa khabar Malaysia? Masihkah ada Wawasan 2020? -HARAKAHDAILY 7/8/2015
Copyright © 2014 Harakah. Hak Cipta Terpelihara. Rekabentuk oleh Harakah IT
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Chrome|sitemap.

Khamis, 28 Mei 2015

Assalamualaikum renungan bersama tentang Hukum Meninggalkan Solat Jumaat (Ikuti blog Abg Ariff di   http://sunahalquran.blogspot.com/?m=1 )
الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Hari Jumaat adalah hari yang paling agung daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ِ

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)

Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah

Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.

Namun bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang keuzuran? Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.

Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadits riwayat Abu Ya‘la)

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:

Maksudnya:
“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”

(Hadits riwayat Muslim)

Oleh itu, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat janganlah sekali-kali meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat melainkan ada keuzuran syar‘i. Ini kerana perbuatan itu adalah melanggar perintah Allah dan orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut dicap sebagai orang munafiq.